Sis-sis mesti pernah terfikir nak buat majlis kahwin nampak TRENDY dari orang lain. Tapi, bila fikir-fikir balik macam OVERBUDGET je. Jangan risau sis, cuma ikut 5 LANGKAH ni je untuk nampak trendy dalam majlis kahwin sis yang paling penting WITH LOWER BUDGET.
1. MAKE UP
Siapa je tak suka cantik kan? Bagi kita kaum-kaum hawa ni make up IS A MUST untuk majlis kahwin kita. Maklumlah, kita nak jadi raja sehari mesti nak nampak WOW. Apa kata sis-sis cuba make up ala-ala NATURAL. Look make up NATURAL ni memang jadi trend sekarang untuk bakal pengantin. Selain dapat serlahkan KEJELITAAN sisi-sis make up ni juga tak nampak heavy and senang nak carry.
2. DOORGIFT
Buah tangan untuk tetamu atau DOORGIFT. Sis-sis boleh DIY ikut kreativiti. Contoh ada je orang bagi BALANG JEM BUAH untuk dijadikan DOORGIFT. Tak PELIK tapi UNIK. Cipta keunikan majlis kahwin sis daripada DOORGIFT. Tak kisahlah sis nak beri apa pun yang penting UNIK dan JIMAT. Bagi SABUN WANGI HOMEMADE ke? Sis boleh buat sendiri reka dengan pelbagai bentuk yang menarik. Macam mana nak buat? Jangan risau youtube kan ada.
3. PHOTOBOOTH
Benda paling POPULAR dan TRENDY zaman sekarang ni PHOTOBOOTH lah jawapannya. Tak salah nak ada PHOTOBOOTH sendiri untuk majlis sis tapi apa kata sis DIY. JIMAT pun JIMAT. Print semua material amik langsir mak mak sis yang tak pakai tu jadi kan PROP. Sis buat sekreatif yang boleh ikut citarasa sis. Masa ni juga lah sis nak kerah idea adik beradik sis, boleh juga tambah BONDING adik beradik. Naka cipta kenangan sebelum sis berumahtangga.
4. HANTARAN
Kalau dulu, hantaran mesti penuh dengan gubahan bunga. Apa kata sis DIY gubahan hantaran sis. Banyak video youtube cara-cara buat hantaran yang MUDAH, SIMPLE dan paling penting JIMAT. Gunakan warna-warna pastel untuk gubahan sis untuk nampak KEMAS dan SEDAP MATA MEMANDANG. Tambah sikit elemen lain contoh macam kain yang berkilat untuk tambah effect WOW dan GLAMOUR. Mesti ramai makcik-makcik membawang masa majlis pasal hantaran sis yang nampak WOW tu.
5. KAD KAHWIN
Ni salah satu benda PENTING untuk majlis sis nampak TRENDY. Tapi kebanyakkan kad kahwin yang cantik dan menarik harganya sangat mahal. Dah tak boleh sis nak jimat. Kalau jemput 500 orang paling tidak 300-400 kad kena tempah. Hujung-hujung kadnya ke tong sampah jua. Tak sedih ke sis? Tapi sekarangkan zaman teknologi semua makin canggih gunalah kad jemputan digital lagi senang nak edar. Cuma hantar guna link je melalui whatsapp je untuk jemput tetamu. Tak payah membazir duit minyak sis nak pergi rumah orang. Sis tak tahu nak survey kat mana? Jangan risau tekan je tulisan biru ni kad.digital.
Tak kisah kalau sis nak buat majlis kahwin sis nampak trendy dengan bajet yang rendah. Tapi sis kena bijak merancang. Keyword untuk nampak TRENDY ialah DIY sebab dengan sentuhan peribadi semuanya nampak UNIK dan TRENDY. Jadi SELAMAT MENCUBA !
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on twitter
Twitter
Share on facebook
Facebook
0
Leave a Reply