Tak ada bakal pengantin yang inginkan majlis perkahwinan yang ala-ala je ataupun nak tak nak je. Mungkin ada diantara kita yang nak kan majlis indah dan mewah tapi tak nak tanggung hutang yang tinggi. Yalah, kalau nak majlis yang gilang gemilang, mestilah kosnya juga gilang gemilang jugakan?? Jadi bajet perkahwinan itu sangat penting dan biarlah bajet itu mengikut kemampuan. Elakkan berhutang atau membuat pinjaman yang tak masuk akal sebab kehidupan selepas berkahwin itu lebih penting.
So, ini adalah tips yang paling penting untuk mengurangkan perbelanjaan dalam perkahwinan korang.
1. Guest-list
Tetapkan jumlah tetamu yang bakal hadir supaya kita dapat rancang bajet perkahwinan dengan baik. Bila kita dah tetapkan bilangan tetamu, kita dapat mengira bajet untuk makanan, cenderamata, kad kahwin dan sebagainya.
2. Akad Nikah + Majlis Persandingan
Majlis akad nikah dan persandingan buat je dalam sehari. Untuk jimatkan kos, akad nikah buat pada waktu pagi, persandingan dan kenduri buat masa tengahari. Jika kita tetap nak buat majlis akad nikah dan persandingan secara berasingan, hadkan jumlah tetamu untuk majlis akad nikah (saudara mara dan rakan terdekat sahaja).
3. Kad Kahwin
Jangan tempah kad perkahwinan yang terlalu mahal kerana ingin kad yang cantik saja. Percayalah, tak ramai yang mahu simpan kad kahwin anda buat kenangan melainkan ia betul-betul unik. Untuk menjimatkan kos, anda boleh menggabungkan majlis persandingan pihak lelaki dan perempuan dalam satu kad sahaja. Selain itu, anda juga boleh design sendiri atau mempunyai kenalan yang boleh membantu dalam design kan kad kahwin anda. Dengan cara itu anda hanya perlu mengeluarkan kos untuk printing sahaja. Lagi jimat kalau korang tempah kad kahwin dengan page Kad.Digital. Dengar cerita kad kahwin digital dorang UNIK, TRENDY, EKSKLUSIF dan JIMAT!
4. Saving
Salah satu cara untuk menjimatkan kos perkahwinan adalah dengan membuka akaun khas untuk perkahwinan korang. Ini dapat memastikan kita tak gunakan semua wang simpanan and the end terus BERHUTANG. Sentiasa elakkan membeli barang perkahwinan dengan menggunakan KAD KREDIT.
5. Checklist
Yang terakhir, checklist atau senarai semak adalah amat penting sekali. Ia perlu ditulis awal-awal supaya kita tak lupa atau tertinggal perkara yang penting. Melalui senarai semak ini kita juga boleh peka dengan jumlah wang yang dibelanjakan dan kita pun boleh pantau bajet perkahwinan jika ‘terlebih’ atau ‘terkurang’
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on twitter
Twitter
Share on facebook
Facebook
0
Leave a Reply