Wah, untungnya Si dia ! Bersungguh awak mencari artikel ini untuk fikir hadiah yang sesuai ya.
Tidak dinafikan, sesetengah lelaki tidak mengharapkan sebarang hadiah, tapi itu bukan bermaksud dia tak suka akan hadiah. Betul ?
Sesuatu hadiah juga mampu menjadi nilai bermakna untuk seseorang itu terus menghargai hubungan mereka malah membalas hadiah untuk diberikan kepada awak pula.
Tapi persoalannya, Hadiah apa yang sesuai ? Sebelum itu..
1. Kenali akan sifat Si Dia
Penting untuk kenal dahulu, baru kemudian faham dan seterusnya lebih mudah menerima
Ada lelaki yang berjiwa seni, lasak, suka bergaya, kuat berusaha dan sebagainya. Untuk itu, barulah awak tahu barang apa yang sesuai untuk mereka dan boleh beri tanpa ragu.
Sebagai contoh, jika lelaki itu jenis lasak, anda boleh memilih koleksi barangan untuk aktiviti outdoor, atau makanan tambahan/kecergasan buat dirinya. Kemudian, berikan sedikit pesanan bermakna dan tanda awak support si dia.
2. Barang Kegemaran
Ya semestinya ! Sesuatu barang yang mereka gemar / teringin akan jadi sangat bermakna buat mereka kerana ketaksuban mereka membuat sesuatu itu.
Jika dia gemar mengumpul barang berjenama Adidas, maka belikanlah barang jenama tersebut dan hadiahkan kepada mereka.
Biasa keluar dating bersama takkan tak perasan kann ? ๐
3. Barang Keperluan
Awak membantu mereka berjimat malah dapat si dia gunakan barang tersebut saat-saat diperlukan.
Barang keperluan tidak semestinya benda asas, Sebagai contoh, Si dia telah kehilangan jam tangan baru ini. Menghadiahkannya jam tangan adalah sangat bijak kerana anda tahu dia tak boleh hidup tanpa jam !
Bukankah itu sangat bermakna?
Anda dapat membuktikan bahawa anda mengambil berat dan memenuhi keperluan dirinya sebaik mungkin.
4. Makanan Kegemaran
Beli makanan yang disukai atau, anda sendiri memilih bahan masakan dan masak untuk si dia. Ingat, perut lelaki boleh diikat dengan air tangan awak tau ! ๐
Maka berilah dia makan makanan kegemarannya walaupun anda kurang minat akan menu tersebut.
Spend time untuk hari dia dan makan bersama-sama.
5. Hobi/ Aktiviti Kegemaran
Setiap orang mempunyai hobi mereka sendiri kerana itulah masa lapang yang digunakan untuk mereka buat sesuatu yang digemari.
Ada yang suka buat aktiviti seperti pergi ke konsert Hujan, melancong, atau buat aktiviti lasak.
Maka anda bolehlah menempah tiket untuk pergi ke tempat-tempat itu yang menjadi aktiviti kegemaran bersama Si dia. Best lagi jika awak dan Si dia sama sama merancang perjalanan untuk ke tempat tempat untuk singgah kelak. Cuma jangan lari dari objektif utama ya ๐
Maksud hadiah disini adalah berbentuk pengalaman dan waktu yang diluang bersama melakukan aktiviti kegemaran dengan orang yang paling digemar ada bersama.
Berusahalah dalam perhubungan kasih sayang yang anda miliki dan menghalalkannya iya.
Semoga bahagia buat semua ya !
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on twitter
Twitter
Share on facebook
Facebook
0
Leave a Reply