Kenyit-kenyit mata, panggil ‘sayang’ tiba tiba dan tak kene tempat, Sentiasa cuba ‘menghantui’ hari anda adalah antara ciri ciri penyakit annoying bernama miang !
Walaupun ia lebih popular ditujukan untuk kaum lelaki, miang adalah perbuatan yang suka berlagak manja ataupun perangai yang mengada-ngada. Jadi sebenarnya kaum perempuan juga tidak terkecuali. Akan tetapi, jika ‘ubatnya’ betul, secara halal ia jadi sangat bagus untuk merapatkan hubungan antara Si Suami dan Si Isteri kerana ia juga merupakan a way of communicating !
Nampak isteri dari jauh kenyit kenyit mata sikit, talakan flying kiss, ajak isteri bergurau senda dan buat lawak sikit bagi si dia ketawa, selalu ucap abang sayang sayang. Tapi apa jadi bila Si Isteri mula rimas dan sebagainya ? Jawapannya itulah had untuk anda acknowledge sesi bermiang miang dengan si dia. Bagus juga untuk anda kerana semakin mengenalinya !
Jika tiba-tiba ‘mood’ tidak baik… adalah lebih baik diam dari berkata-kata. Berkata-kata adakalanya akan mengeruhkan lagi keadaan kerana loss of energy. Isteri pula akan mudah faham jika tiba-tiba si dia mula diam. Diam bukan bermakna tiada masalah, diam adakalanya perlukan belaian dan perhatian dari awak ya !
Jadi take note dan cari cara untuk kembalikan energy si dia.. mungkin buatkan air kegemarannya, masak masakan kegemaran suami ataupun sebagainya meskipun pegang tangan dan memeluknya. Ketahuilah, الله cipta satu hormonn yang dirembeskan oleh pituitary gland ke dalam cairan merah dengan cepat iaitu hormon oxytocin untuk bagi seseorang tenang apabila dipeluk. Oxytocin berfungsi sebagai neurotransmitter yang memberi tindakbalas yang cepat apabila dipeluk dengan erat dan ikhlas.
Masing-masing punya peranan dan perlu bijak menangani situasi. Ya, komunikasi adakah vital dalam perhubungan ! Suami dan isteri perlu ada komunikasi bagi memeriahkan lagi kehiduapan berumah tangga. Tahukah anda, menurut kajian pakar perhubungan…
Kesan pelukan Si Suami sebenarnya dapat mengurangkan tahapp kolesterol dan sekali gus meningkatkan tahap kesihatan Si Isteri.
Haha, so Suami yang ingin Isterinya menurunkan berat badan memang akan peluk awak lebih kerap la ya kan !
Mungkin ramai belum menyedari, Pelukan juga adalah cara berkomunkasi menggunakan body language dan bila tiba caranya, ianya boleh terjadi secara mengejut. Si Isteri perlu ambil tahu apa yang Si Suami ingin sampaikan melalui pelukan.
Berikut adalah 5 jenis pelukan suami dan maknanya.;
- Pelukan Merangkul Seluruh Tubuh.
Biasanya pelukan ini terjadi ketika berlakunya ketegangan ataupun ketika anda sedang bergaduh antara satu sama lain. Pelukan ini bermakna untuk menenangkan & damai. Pelukan ini juga beerti pasangan anda ingin meminta maaf. - Memeluk Sambil Meletakan Kepala diBahu.
Pelukan ini dilakukan suami ketika memerlukan awak. Mungkin juga Si dia rindu, penat dan sebagainya. Jika Si Suami meninggalkn kucupan dibahu, ia bermakna dia amat menghargai awak. - Pelukan Merangkul Dari Belakang.
Pelukan dari belakang lebih bermaksud adanya rasa bahagia dan rasa ingin melindungi, rasa cinta dan kemesraan. - Pelukan Merangkul Dari Sisi.
Ia bermaksud sangat friendly, bermaksud supportive atau memberi rasa sokongan. - Pelukan Memeluk Dari Pinggang.
Pelukan ini menunjukan perpaduan antara cinta dan ghairah. Boleh jadi suami ingin melakukan hubungan intim. Mungkin juga ianya sebuah pelukan boleh menjadi pelukan harian yang mampu memberikan semangat.
Kesimpulannya, hidup berumah tangga ada banyak asam garamnya. Jangan terlebih asam, jangan pula terlebih garam. Cukup cukup sahaja pun sudah memadai sebegitu juga peranan Si Suami & Si Isteri ya !
Apa Pandangan Anda? Komenkan terus dibawah !
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @kaddotdigital
Sumber: Majalah B*Pop & Empire Media Networks
Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp