Dalam merancang, BAJET kahwin adalah yang paling KRITIKAL. Kalau terlebih bajet korang alamat MELOPONG sampai hujung bulan. Lebih MERANA yang buat LOAN semata-mata nak kawin untuk nampak MEWAH daripada orang lain. Jangan SEKSA diri woi.
9 TIPS BIJAK KORANG PATUT TAHU DALAM NAK URUS BAJET KAHWIN KORANG
1. LIST DOWN KEPERLUAN PENTING
Senaraikan keperluan bukan kemahuan. Contohnya tetapkan lokasi majlis korang ikut kemampuan, hadkan menu makanan. Senang cerita serba serbi korang kena senaraikan supaya lebih jelas apa yang korang kena buat.
2. BUAT BAJET BIAR LENGKAP
Daripada sebesar-besar perkara sehingga benda paling kecil tulis, catat dalam bajet. Lebih kemas korang buatlah guna microsoft excel. Lagi detail lagi bagus. Sediakan column ‘ACTUAL’ , ‘ESTIMATED’ atau ‘BUDGET’
3. DARI BAJET SEDIAKAN CHECKLIST
Dah ade detail lagi senang buat checklist beli barang. Jadi korang boleh double check barang-barang yang perlu beli. So boleh make sure tak ada barang yang tercicir.
4. SENARAI MAKLUMAT MAJLIS
Buat anggaran tepat untuk jemputan, anggaran untuk makanan yang akan disediakan. Senang cerita buat list untuk perjalanan majlis. Anggaran jemputan penting supaya korang tak lah membazir kad kahwin korang dan makanan masa majlis bolehlah jimat dan cut cost mana yang perlu. Yelah tempah kad kahwin di overseas hujung-hujung masuk tong sampah juga. Tak membazir namanya tu.
5. GUNA PAKEJ KAHWIN JIKA PERLU DAN UNTUK PERKARA PERLU
Biasanya pakej kahwin akan siap dengan semua benda berkaitan majlis macam katering, pelamin , photographer dan sebagainya. Jadi korang kena bijak amik pakej yang korang perlu contoh pelamin, sewa dewan, PA sistem dan sebagainya. Minta nasihat daripada bridal untuk guna bajet rendah untuk pakej mampu milik. Cari pakej kahwin masa ada promosi korang boleh jimat banyak.
6. WAJIB PATUH 100% PADA BAJET
Buat apa susah-susah buat bajet kalau korang tak ikut. Jadi wajib patuh bajet yang korang dah buat. Sebelum tidur korang brainstorm untuk anggaran kos kahwin korang. Fikir panjang semasa memilih barang terutama sekali untuk beli barang branded.
7. BINCANG DENGAN PASANGAN
Masa ni lah korang perlu ada kata sepakat, tolak ansur. Kalau boleh kongsi bajet kongsi. Taklah korang rasa terbeban sorang-sorang. Masing-masing kena faham kewangan pasangan yang penting buat majlis ikut poket masing-masing.Barulah ngamkan.
8. BANYAKKAN ITEM DIY
Ni kelebihan orang perempuanlahkan lebih kreatif. Banyak video dalam youtube untuk doorgift diy, hantaran, photobooth yang korang boleh tiru. Paling penting kenalah sumbang tenaga dan masa untuk buat. Nak seribu daya tak nak banyak alasankan. Yang ade kreativiti lain macam buat kek ke dah boleh buat kek kahwin sendiri. Kat sini je korang dah boleh banyak cut cost. Jimat pun jimat kan.
9. JANGAN LUPA BUAT BAJET BACKUP
Backup bajet ni lah yang akan tolong korang lepas kahwin nanti. Paling tidak pon tak lah korang kering lepas majlis.
Tak salah nak buat majlis kahwin yang kita impikan. Tapi biarlah sesuai dengan bajet. Kata orang ukur baju di badan sendiri. Yang penting korang kena BIJAK merancang.
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on twitter
Twitter
Share on facebook
Facebook
0
Leave a Reply